Thursday, April 21, 2011

MAK ANDAM/PAK ANDAM atau JURUSOLEK...?

Ramai yang masih keliru dengan memanggil Jurusolek mengunakan gelaran Mak andam/Pak Andam, sedangkan tugas jurusolek dan Mak andam/Pak Andam mempunyai perbezaan.


Antara perbezaan mereka adalah:

1.Mak andam/Pak Andam berperanan sebagai "emak pegantin" dimana segala tugas menjaga pengantin diserah kepada Mak andam/Pak Andam termasuk soal keselamatan, manakala jurusolek hanya berperanan memperindahkan penampilan pengantin

2.Mak andam/Pak Andam mempunyai amalan tradisional,doa tertentu dan jampi serapah sepanjang proses mengandam untuk menaikkan seri dan menolak bala atau gangguan makhluk halus, sedangkan jurusolek bergantung pada teknologi dan teknik solekan untuk menaikkan seri..

3.Kebiasaanya mak andam akan memulakan tugas sehari sebelum majlis dimana beberapa upacara dilakukan untuk pengantin, sedangkan jurusolek menjalankan tugas hanya pada hari majlis.

4.Kebanyakkan Mak andam/Pak Andam lebih fokus dan mahir menyolek pengantin sahaja manakala jurusolek mempunyai skop tugas yang lebih luas dan mahir dalam menghasilkan pelbagai jenis solekan

Kesimpulannya Mak andam/Pak Andam dan Jurusolek adalah berbeza, walaupun tugasnya hampir sama.. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Diharap penerangan ini dapat menambah pengetahuan dan membantu anda dalam membuat pilihan sama ada untuk mendapatkan khidmat Mak andam/Pak Andam atau pun khidmat Jurusolek...


Terima kasih

No comments:

Post a Comment