Wednesday, April 20, 2011

JENDELA IMPIAN MEMPELAI

Setiap pasangan bakal pengantin pastinya sentiasa mengharapkan segala yang diperlukan untuk majlis perkahwinan mereka mengikut kehendak dan suasana yang di impikan.

Majlis anda tidak mungkin menjadi kenyataan atau akan tidak sempurna jika tiada perancangan yang bijak, oleh itu dapatkanlah khidmat profesional perancang perkahwinan seperti yang disediakan oleh Jendela Impian Mempelai yang terletak di Lot 12-2, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 4,Johor Bahru.




Jendela Impian Mempelai barangkali tidak segah butik pengantin yang sedia ada. Namun sejak ditubuhkan sekitar tahun 2006, misi mereka adalah untuk merealisasikan majlis dengan momen yang klasik dan terbaik buat pasangan mempelai.




Perkhidmatan yang disediakan adalah menyeluruh untuk sesuatu majlis termasuk khidmat solekan/andaman, busana, dekorasi,fotografi,kanopi dan katering.
Segala urusan menjadi mudah kerana segalanya tersedia dibawah satu bumbung..





Jendela Impian mempelai menyusuri arus moden dengan menyediakan pakaian pengantin yang kontemporari dan sentiasa mencari kelainan demi kepuasan anda.

Pelamin dan dekorasi yang disediakan adalah yang terkini dan eksklusif sesuai dengan nama dan kata pegangan mereka, Jendela Impian Mempelai - "The Creative Element"


Anda pastinya tidak akan rugi kerana pakej yang disediakan adalah berbaloi dan mampu untuk semua pasangan mempelai, jadi segeralah membuat temujanji dan berkunjung ke butik mereka.. untuk maklumat lanjut sila ke laman mereka
www.jendelaimpian.com


No comments:

Post a Comment