Saturday, June 12, 2010

Saturday, June 5, 2010

Makan Malam 1

Penari 1


Sanding 1


Pertunangan 2


Pertunangan 1




Merancang Majlis Pertunangan Dengan Budget Rendah

Perancagan rapi adalah perlu untuk memastikan majlis pertunangan dapat dijalankan degan sempurna tanpa melibatkan kos yang terlalu tinggi dan tidak melampaui bajet sebenar anda..

Berikut perkara yang perlu diberi perhatian

Hantaran
-Senaraikan barangan yang ingin diberi kepada pasangan anda sebagai hantaran.Fikirkan barangan yang perlu sahaja untuk menggelakan terlebih bajet

-Ambil kesempatan sewaktu jualan murah atau promosi jualan untuk mendapatkan barangan yang anda ingginkan, cara ini dapat menjimatkan dan mengurangkan belanja anda kerana barangan dibeli dengan harga yang lebih murah

-Gubah sendiri hantaran anda mengikut kreativiti anda. Guna bahan-bahan yang dikitar semula untuk mengubah barang hantaran anda.


Penampilan
-Kitar semula pakaian anda,mungkin ada yang sesuai digunakan. Hanya lakukan sedikit pembaharuan,contohnya jahit manik dll.Anda juga boleh meminjam pakaian dari adik beradik,saudara atau kawan-kawn yang telah bertunang sebelum anda.

-Lakukan solekan sendiri atau minta bantuan kawan-kawan atau saudara yang lebih mahir.

Jemputan
-Pastikan jumlah jemputan anda, ini adalah perlu bagi memudahkan anda menentukan bajet yang perlu untuk hidangan.

-Jemput hanya ahli keluarga,saudara mara,teman serta jiran terdekat sahaja.


Hidangan
-Untuk menjimatkan,apa salahnya panggil jiran tetangga,saudara mara dan teman untuk bergotong royong menyediakan lauk-pauk dan sebagainya

-Sediakan hidangan yang mencukupi berdasarkan angaran yangtelah dibuat.

Wajah Bersih Berseri

setiap kali nasi yang ditanak hampir kering,ambil dua sudu makan air nasi tersebut.Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam.biarkan sehingga kering,kemudian baru bilas dengan air bersih.Jika diamalkan selalu wajah anda akan kelihatan bersih berseri-seri

Beg Makeup

Beg makep ku...
Terpaksa pakai dua beg kerana barangan ku tak muat kalau letak dalam beg makeup biasa (traincase)



inilah isi dalamannya..


macam-macam ada..

Berus Makeup



Koleksi berus-berus makeup ku... antara peralatan penting yang mesti ada kalau nak pergi makeup customer..

Tak kan nak makeup muka customer pakai jari jemari je kot .. huhu

Friday, June 4, 2010

M.A.C 188 Small Duo Fibre Face Brush

M.A.C 188 Small Duo Fibre Face Brush adalah versi kecil kepada M.A.C 187 Duo Fibre Brush Kegunaanya adalah sama dengan M.A.C 187 Duo Fibre Brush, tetapi saiznya yang lebih kecil sesuai untuk sapuan pada tempat yang lebih sulit seperti bawah mata dan untuk sapuan pemerah pipi/highlight



Perbezaan saiz antara M.A.C 187 Duo Fibre Brush (atas) dengan M.A.C 188 Small Duo Fibre Face Brush (bawah)




M.A.C 187 Duo Fibre Brush

M.A.C 187 Duo Fibre Brush adalah peralatan yang mesti ada untuk jurusolek, kerana berus yang unik ini merupakan salah satu berus yang serbaguna keluaran M.A.C, penggunaanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Antara kegunaanya adalah untuk menyapu bedak, pemerah pipi, bedak asas dan produk-produk yang berasasakan krim atau air dll.

Secara peribadi saya suka gunakan M.A.C 187 Duo Fibre Brush ni untuk menyapu bedak asas cecair,krim dan stick.

Sapuan akan jadi lebih ringan dan sekata berbanding menggunakan span, selain memberi kemasan seperti "airbrush" dengan teknik sapuan yang betul.



Gabungan dari kombinasi bulu kambing dan sintetik telah menghasilkan bulu yang sangat lembut dan selesa dipakai.



Kerja menyapu bedak asas juga jadi lebih mudah dan cepat kerana saiz berus yang besar.

Wednesday, June 2, 2010

Perkahwinan Dian Sastrowardoyo dengan Maulana Indraguna Sutowo

Sangat suka melihat pakaian,dekorasi dan suasana majlis perkahwinan mereka yang dilakukan dengan adat Jawa, boleh dijadikan inspirasi kepada bakal pengantin...

Inilah gaya perkahwinan ala Jawa yang sebenar

Tips Memilih Perancang Perkahwinan

Mungkin ada bakal pengantin yang kurang pasti dan tiada pengalaman dalam merancang majlis untuk perkahwinan mereka,cara mudah adalah dengan mendapatkan khidmat Perancang Perkahwinan. Disini ada sedikit tip untuk mereka dalam mencari perancang yang baik dan memenuhi citarasa:

-jangan terburu dalam memilih Perancang Perkahwinan, senaraikan beberapa nama Perancang dan buat temujanji dengan mereka.Lihat portfolio / gambar hasil kerja mereka setiap kali anda membuat tinjauan, buat perbandingan dan penilaian.

-Buat bajet yang akan diperuntukan untuk majlis dan suaikan bajet dengan perkhidmatan yang anda mahu,buat perbandingan antara perancang perkahwinan tersebut.. mungkin ada harga yang lebih berbaloi....

-Pastikan mereka mampu untuk merealisasikan impian dan memenuhi keinginan anda

-Jika Perunding Perkahwinan anda memberi cadangan kepada anda, fikirkan dan terima dengan fikiran positif kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anda..