Wednesday, December 30, 2009

Photoshoot Busana NFL Bridal

Photoshoot untuk pakaian penggantin...model Farhana, tatarias dari Ridhuwan Rahman







Kathy Bah Takoi

Pengacara majlis...Kathy Bah Takoi telah mendapat sentuhan dari Ridhuwan Rahman..




'Mixed Veggie'





Mixed Veggie

Belakang tabir sebelum pengambaran bersama Artisme Republic pada bulan Julai yang lalu... kali ni kami merancang untuk mengabungkan antara tradisional dan moden yang telah diberi nama 'Mixed Veggie'

Untuk mendapatkan mood/konsep tersebut,saya telah menggunakan fabrik songket, aksesori dan dandanan rambut yang jika dilihat dengan teliti ia adalah berbentuk tanduk yang diinspirasikan dari perhiasan kepala pakaian tradisional minang yang asalnya menggunakan kain,tetapi untuk menyelitkan unsur moden saya telah menggantikan kain dengan rambut yang dibentuk seakan akan perhiasan kepala tersebut.

Sarung tangan dan tali pinggang telah digunakan untuk menepati konsep moden dan tradisional..



Gambar model sedang dirias oleh saya..

Produk yang digunakan
- MAC Studio Fluid- nc40+nc15 (base n highligt), nc50(shading)
- MAC Mineralize Skin Finish Natural- medium(finishing),soft n gentle + medium light (highlight), dark (shading)
- MAC Mineral Blush- Love Joy
- MAC E/Shadow- Carbon
- Sari Ayu E/shadow- Biru
- MAC Gel Liner- Blacktrak
- Rimmel mascara
- Chanel Lip pallete- Les Naturels





Tuesday, December 29, 2009

MAC Mineralize Blush

Kali ni review untuk MAC Mineralize Blush pulak,salah satu produk yang harus dicuba..

Berkesan untuk menyerlahkan bentuk wajah kerana mempunyai partikel shimmer yang memantul cahaya dan memberi ilusi tulang pipi yang lebih menonjol..

Kurang sesuai untuk mereka yang agak tembam pipinya sebab ia akan menonjolkan lagi ketembaman anda kalau tak kena gaya pemakaian..

Warnanya agak mudah untuk di blendkan atas muka, tp kene pakai sikit2 jer.. ambik berus, pupukan manja2 atas blusher ( jangan tonyoh/sental) dan ketuk sikit berus tu.. biar warna yg terlebih tu keluar.. pastu baru sapu ke muka. Ulang sampai dapat warna yang diidamkan..

Saya guna berus MAC no168 atau no116 utk proses ini...

kalau agak2 terlebih atau nak kurangkan shimmer tu, tepek semula blot powder atau loose powder kat atas blusher yg dah disapu atas muka tu dan blend kan sehingga sebati ye..


Antara warna kegemaran saya dan mesti ada dalam simpanan..




Dirty burgundy with gold pearl



Warm mid tone brown with gold pearl

MAC Powder Blush

Review untuk MAC Powder Blush..
blusher yang cantik , tahan lama dan sebati dengan kulit... tapi perlu dipakai dengan cara yang betul,sikit demi sedikit sampai dapat warna yang dikehendaki, jangan main sental je kat muka..

warna2 yang saya gemari dan sesuai untuk semua..