Showing posts with label Lancome. Show all posts
Showing posts with label Lancome. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Teint Miracle Lancome




Teint Miracle dicipta setelah melalui pengalaman kajian selama 10 tahun, Lancome akhirnya telah berjaya mencipta bedak asas cecair pertama yang dapat menyerlahkan kulit agar nampak lebih sempurna.


Dengan teknologi terkininya iaitu Aura-Inside™, ia merupakan satu penemuan besar dalam teknologi kosmetik dalam menghasilkan wajah yang berseri dari semua sudut. Teksturnya yang lembut juga dapat menghasilkan efek 3D secara semula jadi pada wajah.


Menurut Pengurus Jenama Lancome Malaysia, Elida Wong, penghasilan bedak asas baru Teint Miracle ini menandakan era baru dalam dunia kosmetik.



“Teint Miracle menggunakan teknologi Aura-Inside™, yang merupakan penghasil cahaya semula jadi yang digabungkan dengan pigmen generasi baru diilhamkan oleh kajian Optik yang digunakan untuk Biologi dengan esen cahaya cecair yang unik.



“Dengan penggunaan penemuan saintifik yang terkini, kajian Lancome membuktikan bahawa cahaya bukan sahaja dipantul pada permukaan, tetapi juga dipancarkan semula dari bahagian dalam kulit seterusnya menghasilkan paras 3D secara semula jadi.”



Teint Miracle sesuai untuk kulit wanita Asia. Menurut Lancôme Colour Design Artist, Mell, cara terbaik menggunakan Teint Miracle ialah melalui pergerakan pusingan.




“Dengan menggunakan pergerakan pusingan, menyapunya ke atas, dapat membantu merangsang dan menyegarkan sel-sel serta menghasilkan paras wajah yang lebih sekata dan berseri.



“Mengurut lapisan kulit paling dalam turut menjadikan kulit lebih gebu dan anjal bagi mendapatkan kesan yang menyegarkan. Pergerakan yang selari dengan sistem limfa dapat membantu mengurangkan toksin dan memberikan wajah yang berseri,”ujar Mell yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang solekan.



Teint Miracle Lancome dijual pada harga RM130 untuk botol bersaiz 30ml. Produk ini terdapat dalam 8 rona dan kini boleh didapati di semua kaunter kecantikan Lancome seluruh negara.

Friday, April 15, 2011

Lancôme MAQUI Miracle - The science of Aura in our first 12-hour lasting, brightening foundation



Lancôme MAQUI MIRACLE
LIVELY BRIGHTENING COMPACT · 12HR LASTING · SPF 35/PA+++


Lancôme science introduces its first foundation that creates

the Aura of lively bright skin.



Achieve natural, translucent and perfect complexion with Maqui Miracle’s

* Ultra-fine and mineral rich formula that adheres to skin for a smooth finish
* Exclusive and luxurious duo sponge that creates the ideal coverage



Kata Ridhuwan Rahman:


-Buat masa ni saya belum cuba Lancôme MAQUI Miracle ni.. Tapi sepanjang pengalaman saya menggunakan produk Lancome yang lain, hasilnya tidak pernah mengecewakan..

-Kepada yang suka guna produk berasaskan mineral boleh la cuba compact foundation ni.




-untuk maklumat lanjut sila lawati laman Lancome di:
http://www.facebook.com/LancomeMY
http://www.lancome.com.my
http://www.lancome.com