Showing posts with label Peralatan Makeup. Show all posts
Showing posts with label Peralatan Makeup. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Beg Makeup

Beg makep ku...
Terpaksa pakai dua beg kerana barangan ku tak muat kalau letak dalam beg makeup biasa (traincase)



inilah isi dalamannya..


macam-macam ada..

Berus Makeup



Koleksi berus-berus makeup ku... antara peralatan penting yang mesti ada kalau nak pergi makeup customer..

Tak kan nak makeup muka customer pakai jari jemari je kot .. huhu

Friday, June 4, 2010

M.A.C 188 Small Duo Fibre Face Brush

M.A.C 188 Small Duo Fibre Face Brush adalah versi kecil kepada M.A.C 187 Duo Fibre Brush Kegunaanya adalah sama dengan M.A.C 187 Duo Fibre Brush, tetapi saiznya yang lebih kecil sesuai untuk sapuan pada tempat yang lebih sulit seperti bawah mata dan untuk sapuan pemerah pipi/highlight



Perbezaan saiz antara M.A.C 187 Duo Fibre Brush (atas) dengan M.A.C 188 Small Duo Fibre Face Brush (bawah)




M.A.C 187 Duo Fibre Brush

M.A.C 187 Duo Fibre Brush adalah peralatan yang mesti ada untuk jurusolek, kerana berus yang unik ini merupakan salah satu berus yang serbaguna keluaran M.A.C, penggunaanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Antara kegunaanya adalah untuk menyapu bedak, pemerah pipi, bedak asas dan produk-produk yang berasasakan krim atau air dll.

Secara peribadi saya suka gunakan M.A.C 187 Duo Fibre Brush ni untuk menyapu bedak asas cecair,krim dan stick.

Sapuan akan jadi lebih ringan dan sekata berbanding menggunakan span, selain memberi kemasan seperti "airbrush" dengan teknik sapuan yang betul.



Gabungan dari kombinasi bulu kambing dan sintetik telah menghasilkan bulu yang sangat lembut dan selesa dipakai.



Kerja menyapu bedak asas juga jadi lebih mudah dan cepat kerana saiz berus yang besar.

Monday, May 24, 2010

Bulu Mata Kod 010

nak beli bulu mata tak..?




klik disini untuk macam2 lagi design bulu mata
www.kedairidhuwanrahman.blogspot.com

Friday, May 21, 2010

Review M.A.C Prep + Prime Line Filler dan M.A.C Fast Response Eye Cream

Kali ni saya nak review tentang produk yang khas untuk kawasan mata, iaitu M.A.C Fast Response Eye Cream yang direka untuk mengurangkan lebam dan kantung dibawah mata serta satu lagi produk iaitu M.A.C Prep + Prime Line Filler yang direka untuk mengurangkan garis2 halus@ tanda2 penuaan....


ini dia...


M.A.C Prep + Prime Line Filler
A primer used post-foundation, pre-makeup to camouflage, soften and relax expression lines and wrinkles. Applies as a dense cream: dries to a transparent, smooth, natural matte finish. With ongoing use, clinically proven to help rejuvenate your look. * Special sleeves are available only while supplies last.

15 ML / 0.5 US FL OZ


M.A.C Fast Response Eye Cream
The super-charged, caffeinated cream with instant effects. De-puffs, erases the look of dark circles, firms, soothes and softens skin around the eye. Special optics act like magic to fade away lines.

15 ml / 0.5 fl oz






gunakan sedikit saja (lebih kurang saiz sebiji beras) untuk kedua2 mata...
M.A.C Prep + Prime Line Filler sifatnya lebih pekat dari M.A.C Fast Response Eye Cream... keduanya tidak bewarna dan akan menjadi tranparent atau hilang dari pandangan setelah disapu





sebelum penggunaan dan selepas... bandingkan mata kiri dan kanan (abaikan benda2 lain yer hehehe....)

nampak.. tanda2 penuaan dah kurang hehehe...

Tuesday, January 5, 2010

Saja nak tayang peralatan yang biasa diguna untuk makeupkan pelangan..



ni koleksi makeupnya...
banyak lagi yang ada dlm wishlist ni huhuhu.. x tau bile nk dpt

Tuesday, December 29, 2009

MAC Mineralize Blush

Kali ni review untuk MAC Mineralize Blush pulak,salah satu produk yang harus dicuba..

Berkesan untuk menyerlahkan bentuk wajah kerana mempunyai partikel shimmer yang memantul cahaya dan memberi ilusi tulang pipi yang lebih menonjol..

Kurang sesuai untuk mereka yang agak tembam pipinya sebab ia akan menonjolkan lagi ketembaman anda kalau tak kena gaya pemakaian..

Warnanya agak mudah untuk di blendkan atas muka, tp kene pakai sikit2 jer.. ambik berus, pupukan manja2 atas blusher ( jangan tonyoh/sental) dan ketuk sikit berus tu.. biar warna yg terlebih tu keluar.. pastu baru sapu ke muka. Ulang sampai dapat warna yang diidamkan..

Saya guna berus MAC no168 atau no116 utk proses ini...

kalau agak2 terlebih atau nak kurangkan shimmer tu, tepek semula blot powder atau loose powder kat atas blusher yg dah disapu atas muka tu dan blend kan sehingga sebati ye..


Antara warna kegemaran saya dan mesti ada dalam simpanan..




Dirty burgundy with gold pearl



Warm mid tone brown with gold pearl

MAC Powder Blush

Review untuk MAC Powder Blush..
blusher yang cantik , tahan lama dan sebati dengan kulit... tapi perlu dipakai dengan cara yang betul,sikit demi sedikit sampai dapat warna yang dikehendaki, jangan main sental je kat muka..

warna2 yang saya gemari dan sesuai untuk semua..