Sunday, May 1, 2011

MIZA- SANDING

Solekan/Tudung/Veil/Aksesori: Ridhuwan Rahman
Busana: Jendela Impian Mempelai

MIZA- MALAM BERINAI

Solekan/Dandanan/Aksesori: Ridhuwan Rahman
Busana: Jendela Impian Mempelai

MIZA -PHOTOSHOOT



Solekan/Dandanan/Aksesori: Ridhuwan Rahman
Busana: Jendela Impian Mempelai

MIZA-Nikah


Solekan/Aksesori: Ridhuwan Rahman
Veil: Jendela Impian Mempelai
Busana: Milik Miza

MAJLIS PERKAHWINAN AIDIL DAN MIZA

Majlis berlangsung di Taman Perling Johor Bahru.

Pasangan ini telah selamat di ijabkabul pada 30 april, manakala majlis persandingan telah berlansung pada 1 Mei 2011.

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Miza dan Aidil...

Terima kasih juga kepada Jendela Impian Mempelai kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengubah penampilan pasangan mempelai ini..


Wajah polos Miza sebelum disolek.. kulitnya yang sedia bersih tidak memerlukan sapuan bedak asas yang berlebihan. Miza memilih solekan yang ringkas untuk acara pernikahan....


Miza mengayakan busana serba putih miliknya yang ditempah khas untuk acara istimewa ini...




Setelah selesai acara nikah, mereka telah menjalani sesi photoshoot pada sebelah petang.. Untuk photoshoot saya telah menghasilkan solekan dan dandanan yang sesuai dengan busana serba hitam dari Jendela Impian Mempelai...

Sesi fotografi dilakukan disekitar bandar JB, jurugambar dari CriticalEpisode bertangungjawab
mengambil gambar mereka petang itu..

Ini adalah sedkit gambar dari kamera saya sendiri..




Sesi photoshoot berakhir pada jam 5pm. Acara seterusnya adalah malam berinai yang berlansung pada jam 9pm

Untuk malam berinai pasangan mempelai memilih busana songket dari Jendela Impian Mempelai dengan berkonsepkan klasik kontemporari.







Persalinan kedua untuk malam berinai...











HARI KE2,MAJLIS SANDING
Mereka memilih untuk mengayakan busana serba putih dari Jendela Impian Mempelai

Untuk solekan dan gaya tudung,Miza memilih untuk tampil sedikit lain dari kebiasaan.

hasilnya...




Saturday, April 23, 2011

Majlis sanding Emy dan Farah 23 /4/11


Solekan/Gambar: Ridhuwan Rahman
Busana / alsesori: Jendela Impian Mempelai

Bakal-bakal pengantin... tolong jaga kulit kamu..

kepada bakal2 pengantin sila jaga kulit kamu dengan baik, kerana lukisan yang baik akan terhasil cantik kalau kanvasnya rata dan tidak menyusahkan pelukisnya..

nak hasilkan solekan yang cantik tidak hanya bergantung pada produk yg digunakan saja, kalau kulit yang bermasalah memanglah sukar utk disolek.., pakai barang mahal mcm mana pun, pasti akan dpt hasil yg kurang memuaskan.. mcm yg aku kata tadi, menyolek ni ibarat melukis... kulit muka ibarat kanvas

kesimpulannya tolong jaga diri kamu sendiri,jangan biarkan kulit kamu bermasalah menjelang hari perkahwinan.. kalau solekan x berapa cantik nanti jurusolek juga yg disalahkan kan... ?

masalah yang selalu aku dapat pada pengantin contohnya seperti jerawat batu/bengkak, masalah ni boleh dikurangkan sebenarnya.. beberapa bulan sebelum majlis pergi ke klinik kulit dan dapatkan antibiotik sambil amalkan penjagaan/kebersihan yang baik...


contoh kedua, bibir mengelupas.. masalah ni boleh diatasi dengan amalkan memberus bibir dgn berus gigi untuk buang sel-sel yang dh rosak tu, lepas tu amal pakai lip balm..

Kenapa perlu jaga kulit..? sebabnya adalah untuk diri sendiri juga.. disamping untuk memudahkan kerja jurusolek.Kalau kulit dah cantik,jurusolek tak perlu masa yg lama untuk lindung kulit kamu dengan bedak asas yang tebal dan mampan...


Alat solek hanya sebagai alat bantuan, yang paling penting adalah kesihatan kulit kamu..


macam mana nak dpat kulit cantik / sihat..?
jawapannya nanti aku akan buat entry pasal cara penjagaan kulit untuk panduan korang semua..