Saturday, April 23, 2011

Bakal-bakal pengantin... tolong jaga kulit kamu..

kepada bakal2 pengantin sila jaga kulit kamu dengan baik, kerana lukisan yang baik akan terhasil cantik kalau kanvasnya rata dan tidak menyusahkan pelukisnya..

nak hasilkan solekan yang cantik tidak hanya bergantung pada produk yg digunakan saja, kalau kulit yang bermasalah memanglah sukar utk disolek.., pakai barang mahal mcm mana pun, pasti akan dpt hasil yg kurang memuaskan.. mcm yg aku kata tadi, menyolek ni ibarat melukis... kulit muka ibarat kanvas

kesimpulannya tolong jaga diri kamu sendiri,jangan biarkan kulit kamu bermasalah menjelang hari perkahwinan.. kalau solekan x berapa cantik nanti jurusolek juga yg disalahkan kan... ?

masalah yang selalu aku dapat pada pengantin contohnya seperti jerawat batu/bengkak, masalah ni boleh dikurangkan sebenarnya.. beberapa bulan sebelum majlis pergi ke klinik kulit dan dapatkan antibiotik sambil amalkan penjagaan/kebersihan yang baik...


contoh kedua, bibir mengelupas.. masalah ni boleh diatasi dengan amalkan memberus bibir dgn berus gigi untuk buang sel-sel yang dh rosak tu, lepas tu amal pakai lip balm..

Kenapa perlu jaga kulit..? sebabnya adalah untuk diri sendiri juga.. disamping untuk memudahkan kerja jurusolek.Kalau kulit dah cantik,jurusolek tak perlu masa yg lama untuk lindung kulit kamu dengan bedak asas yang tebal dan mampan...


Alat solek hanya sebagai alat bantuan, yang paling penting adalah kesihatan kulit kamu..


macam mana nak dpat kulit cantik / sihat..?
jawapannya nanti aku akan buat entry pasal cara penjagaan kulit untuk panduan korang semua..

No comments:

Post a Comment