Friday, April 1, 2011
BLUSHER UNTUK SHADING- BROWN BERRY dari BOBBI BROWN BROWN vs HARMONY dari M.A.C
Jenama: Bobbi Brown
Kod: Brown Berry 14
Harga: Rm 85.00 (harga ni masa beli thn lepas, harga mungkin berubah ikut tahun)
Tekstur: Matte powder, tanpa kilauan/shimmer
Warnanya sangat cantik untuk shading yang tak keterlaluan.. sangat berpigmen dan memerlukan cukup sekali sapuan jer..
Satu lagi blusher dari MAC yang sesuai untuk shading
Jenama: MAC
Kod: Harmony
Harga: Rm75.00 (harga ni masa beli thn lepas, harga mungkin berubah ikut tahun)
Tekstur: Matte powder, tanpa kilauan/shimmer
Warna dalam bekas, gambar diambil tanpa flash..Teksturnya lebih kurang blusher dari Bobbi Brown, cuma kurang pigmen warna....
saiz blusher ni lebih kurang je.. tp kuantiti blusher jenama MAC lebih banyak iaitu 6g berbanding jenama Bobbi Brown yang hanya 3.7g...
Perbandingan warna diantara dua blusher... keduanya sangat cantik dan nampak lembut...blusher ni juga senang diadun pada kulit wajah tanpa menimbulkan garisan sempadan warna...
klik untuk besarkan gambar
Diharap review ni dapat membantu anda dalam membuat pilihan, selamat membeli belah... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment