Friday, April 15, 2011

Macam mana nak pilih warna foundation/bedak asas..

Kat dalam pasaran Malaysia ni ada macam2 jenis n jenama foundation....
tapi camana nak pilih warna yang tepat erk...?

Apa pun jenama dan jenis foundation yang korang pilih.., yang penting pastikan warnanya tepat dengan kulit korang.
Okey... kat sini ade beberapa panduan untuk korang masa nk pegi beli foundation tu...

1.Bawak kawan, adik beradik atau suami... sebabnya mereka boleh tgk2 kan warna yg korang test tu ok ke x.., selalunya korang akan syok sendiri kalau pilih warna kan....?

2.Jangan try foundation kat lengan.. try kat atas kulit muka korang sendiri,pastikan kulit korang suci dari makeup masa nie.. supaya dapat warna yg tepat...

3.Ratakan foundation yg korang dh calit kat kulit tu.. cuba 2 atau 3 warna.., warna yg nmpk hilang dari kulit itulah warna yg paling tepat... jangan pilih warna yg masih nmpk kat kulit walaupun dh blend...

4.Kalau tak pasti @ masih keliru contohnya disebabkan oleh lampu tempat korang nak beli foundation tu berlampu kuning atau malap, korang mintak jurujual tu sabar dulu... korang keluar jap dari tempat tu dan pegi kat tempat yang ade cahaya terang / natural... tgk warna foundation kat muka tu semula dalam keadaan cahaya sebenar, tgk warnanya match x dengan kawasan lain cam kat leher, dada atau tangan.. biasanya kaunter2 makeup akan guna lampu kuning sebab nak kaburi mata pengguna, akhirnya pelanggan yang rugi sebab salah beli warna..

5.Jangan terburu2 nak terus beli, nanti menyesal seumur hidup..sebabnya warna kulit muka mesti sama dengan warna kulit kat kawasan lain,lainlah kalau korang memang suka nampak pucat atau nampak mcm pakai bedak sejuk kat muka...

6. Kalau masih tak jumpa warna yang tepat..balik semula ke kaunter, pastu cuba blendkan 2 warna yg berlainan pulak.. rajin2 la bereksperimen..kebanyakan perempuan asia sesuai pakai foundation yang nampak kekuningan..

7. Kalau boleh cuba ambik gambar sekali.. tgk camana rupanya warna yang korang pakai tu kalau dlm gambar.. sebabnya kalau makin tinggi kandungan spf dalam foundation yang korang pilih tu, maka makin putih melepak la hasilnya muka korang dlm gambar..


Foundation yang terbukti bagus untuk kulit perempuan kat Malaysia ni dengan budget yang rendah,murah atau utk yang kedekut duit...


Kalau Liquid Foundation, korang try...

Revlon Colorstay New Foundation


atau

KATE liquid foundation






Kalau Compact Foundation / Two Way, korang try...


Kanebo Kate Powder Foundation



atau


PIXY Two Way Cake.. Paling murah, sesuai kan sbb korang mmg kedekut nk beli yg mahal2.. kan kan..



Kalau ade budget lebih pegi la beli brand Lancome, Bobbi Brown atau M.A.C... Sila beli kat kaunter.. bkn kat pasar malam atau tepi jalan yer...

6 comments:

  1. wah.. grand!! meletop pnerangan.. skrg sya dh tau cmner nk pilih foundation yg tepat.. thanks!!

    ReplyDelete
  2. heheh.. tq luckyboyz_6757, nnt sy watkan entry pasal jenis2 foundation lak okey... :) terima kasih sbb sudi membaca..

    ReplyDelete
  3. ohw..leh tlg suggest revlon colourstay or
    loreal true macth..?
    :)

    ReplyDelete
  4. ape beza liquid foundation dgn powder foundation?
    mane lagi bagus?

    ReplyDelete
  5. ape beza liquid foundation dgn powder foundation?
    mane lagi bagus?

    ReplyDelete