M.A.C 187 Duo Fibre Brush adalah peralatan yang mesti ada untuk jurusolek, kerana berus yang unik ini merupakan salah satu berus yang serbaguna keluaran M.A.C, penggunaanya bergantung kepada citarasa masing-masing.
Antara kegunaanya adalah untuk menyapu bedak, pemerah pipi, bedak asas dan produk-produk yang berasasakan krim atau air dll.
Secara peribadi saya suka gunakan M.A.C 187 Duo Fibre Brush ni untuk menyapu bedak asas cecair,krim dan stick.
Sapuan akan jadi lebih ringan dan sekata berbanding menggunakan span, selain memberi kemasan seperti "airbrush" dengan teknik sapuan yang betul.
Gabungan dari kombinasi bulu kambing dan sintetik telah menghasilkan bulu yang sangat lembut dan selesa dipakai.
Kerja menyapu bedak asas juga jadi lebih mudah dan cepat kerana saiz berus yang besar.
mcm mana nak blend foundation stick guna bruch ni? leh ajarkan?
ReplyDeleteGuna teknik putaran....Ambik berus n calitkan pada foundation,pastu sapu pada muka dari tengah muka bawa kebahagian tepi dengan teknik putaran( mcm polish kereta...). Atau cara kedua,sapu foundation cam biasa guna span, pastu polishkan dengan berus nie.. tapi pengunaan berus ni x sesuai utk yg suka foundation heavy coverage(mampan)huhu..
ReplyDelete