Mungkin ada bakal pengantin yang kurang pasti dan tiada pengalaman dalam merancang majlis untuk perkahwinan mereka,cara mudah adalah dengan mendapatkan khidmat Perancang Perkahwinan. Disini ada sedikit tip untuk mereka dalam mencari perancang yang baik dan memenuhi citarasa:
-jangan terburu dalam memilih Perancang Perkahwinan, senaraikan beberapa nama Perancang dan buat temujanji dengan mereka.Lihat portfolio / gambar hasil kerja mereka setiap kali anda membuat tinjauan, buat perbandingan dan penilaian.
-Buat bajet yang akan diperuntukan untuk majlis dan suaikan bajet dengan perkhidmatan yang anda mahu,buat perbandingan antara perancang perkahwinan tersebut.. mungkin ada harga yang lebih berbaloi....
-Pastikan mereka mampu untuk merealisasikan impian dan memenuhi keinginan anda
-Jika Perunding Perkahwinan anda memberi cadangan kepada anda, fikirkan dan terima dengan fikiran positif kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anda..
No comments:
Post a Comment