Saturday, June 5, 2010

Merancang Majlis Pertunangan Dengan Budget Rendah

Perancagan rapi adalah perlu untuk memastikan majlis pertunangan dapat dijalankan degan sempurna tanpa melibatkan kos yang terlalu tinggi dan tidak melampaui bajet sebenar anda..

Berikut perkara yang perlu diberi perhatian

Hantaran
-Senaraikan barangan yang ingin diberi kepada pasangan anda sebagai hantaran.Fikirkan barangan yang perlu sahaja untuk menggelakan terlebih bajet

-Ambil kesempatan sewaktu jualan murah atau promosi jualan untuk mendapatkan barangan yang anda ingginkan, cara ini dapat menjimatkan dan mengurangkan belanja anda kerana barangan dibeli dengan harga yang lebih murah

-Gubah sendiri hantaran anda mengikut kreativiti anda. Guna bahan-bahan yang dikitar semula untuk mengubah barang hantaran anda.


Penampilan
-Kitar semula pakaian anda,mungkin ada yang sesuai digunakan. Hanya lakukan sedikit pembaharuan,contohnya jahit manik dll.Anda juga boleh meminjam pakaian dari adik beradik,saudara atau kawan-kawn yang telah bertunang sebelum anda.

-Lakukan solekan sendiri atau minta bantuan kawan-kawan atau saudara yang lebih mahir.

Jemputan
-Pastikan jumlah jemputan anda, ini adalah perlu bagi memudahkan anda menentukan bajet yang perlu untuk hidangan.

-Jemput hanya ahli keluarga,saudara mara,teman serta jiran terdekat sahaja.


Hidangan
-Untuk menjimatkan,apa salahnya panggil jiran tetangga,saudara mara dan teman untuk bergotong royong menyediakan lauk-pauk dan sebagainya

-Sediakan hidangan yang mencukupi berdasarkan angaran yangtelah dibuat.

No comments:

Post a Comment